Thursday, April 14, 2011

Apalah daya kami..

Jika kita ikhlas membantu atau berbakti kepada orang lain maka kita tidak akan mengharapkan sebarang balasan daripada orang itu, terpulanglah padanya, dibalas dengan senyuman/masam muka/wang ringgit/doa/pujian atau hinaan sekalipun kita redha. Kerana hakikatnya yang memberi itu adalah semata-mata Allah.

Jadi, sekiranya kita rasa bahawa kita ini ikhlas beramal ibadah untuk Allah maka seharusnya kita redha dengan apa jua balasan atau pemberiannya. Jika pahala, pahalalah. Jika dosa, dosalah. Jika syurga, syurgalah dan jika neraka, nerakalah jawabnya.

Namun, tahap ikhlas dan redha ini amatlah payah untuk kita kecapi.. Hanya rahmatNya sahajalah yang mampu membantu kita hamba-hamba yang kecil hina lagi lemah, tiada daya upaya..

Duhai Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, turunkanlah rahmatMu kepada hamba-hambaMu ini, kasihanilah hamba-hambaMu ini, kami hamba yang lemah lagi hina.. RedhaMu kami harapkan di dunia yang fana ini Ya Allah..

Wallahualam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails