Wednesday, December 16, 2009

Cinta dulu ke kahwin dulu?


Antara Cinta sebelum kahwin dan Cinta selepas kahwin?
Yang mana satu lebih menjaminkan kebahagiaan suatu pasangan?
Yang mana satu lebih bagus?

Kata orang "Zaman sekarang, cinta sebelum kahwin banyak mengundang maksiat (segala macam) tapi bila cinta selepas kahwin pula, belum kenal lagi, dah kenal menyesal, dah menyesal cerai pula".

Kalau diberi pilihan, anda akan pilih yang mana dan mengapa? (Wajib jawab)
Berapa ramai orang yang benar-benar bijak menjaga cinta(hubungan) sebelum kahwin?
dan berapa ramai pula yang benar-benar bijak bercinta selepas kahwin?

Ada sesetengah pendapat pula mengatakan banyak pasangan yang bercinta selepas kahwin akan lebih cenderung untuk bercerai berbanding pasangan yang bercinta sebelum kahwin. Adakah pendapat ini benar? Walaubagaimanapun, ini adalah sebahagian pendapat, bagaimana pula dengan pendapat anda?

Adakah anda tergolong dalam orang yang bercinta sebelum kahwin ATAU golongan orang yang bercinta selepas kahwin?? (Wajib jawab)


"Apabila datang melamar kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang luas". (H.R. Tirmidzi)

3 comments:

EncikAhmad said...

Macha, aku pilih bercinta dulu baru kawin.stakat ni percentage org yang bercinta lps kawin dan bahagia adalah agak rendah.lg satu, selain drpd agama,hati budi dan pekerti,KESERASIAN pun sangat2 penting.kalau ko kawin dengan org yang warak macam mana pun,tp ko x ngam dgn gaya hidup dia,cara percakapan dia,etc,in the end sama ada korang akan pendam dan terseksa atau korang meletup dan derhaka.yang tu lg teruk.senang cite,sebelum kawin pupuklah serba sikit elemen cinta,TAPI BERBATAS.ketahui cara hidup seharian pasangan korang.kalo boleh biar korang merasa dulu experience tolong mak ayah si dia,berkwn dengan sedara dan kawan2 dia dan secara terbuka bincang apa yang diperlukan,yg dikehendaki dan yang tak disukai kalau dh sah sbg suami isteri nanti.bagi aku itulah maksud sebenar bercinta sebelum kawin.bukan macam yang kita jumpa kat klcc tu,bercium dpn org,etc.grow up beb!

Salik said...

Abg maacha..Kalau tak ngam tak yahlah kawin bro haha warak bukan segala-galanya. Cinta selepas kahwin tu bukanlah bermakna pakai kahwin je tak kenal hati budi agama perangai n mcm2 lg, esok lusa kalau tak bahagia, kite dah dikira menzalimi diri sendiri dan perempuan tuh.

Ada sesetngah pendapat pulak kata, bercinta dan ber'couple' tak sama. Ada orang yang bercinta tapi tak kapel, ada jugak orang yang ber'couple' tapi tak bercinta haha...ada betulnya jugak kan...

Soalan seterusnya : Pilih mana satu lebih bagus? 1. Kenal-sesuai-cinta-kahwin? ATAU 2. Kenal-sesuai-kahwin-cinta?

Salik said...

Saya pon termasuk dalam golongan orang yang bercinta sebelum kahwin dan saya percaya majoriti drpd kita bercinta sebelum kahwin, hanya segelintir
je yang bercinta selepas kahwin, sikit sgt. Bercinta tak salah bahkan ianya adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan. Bagi saya, bercinta sebelum
kahwin bagus dan bercinta selepas kahwin pun bagus jugak, asalkan kedua-duanya bergantung kepada cara yang betul berlandaskan syarak dan boleh menjamin kebahagiaan rumahtangga yang nak dibina nanti. Masalahnya sekarang ni, orang
kita tak tahu cara yang sebenarnya untuk bercinta sebelum kahwin dan bercinta selepas kahwin. Sebab tulah, bila ada kapel yang bercinta sebelum kahwin
pasti lebih cenderung melakukan maksiat (kecik atau besar), tapi bila bercinta selepas kahwin pulak, tak diperiksanya betul2 pasangan tu betul2 sesuai ke
selesa ke, boleh bahagia ke tak lepas kahwin nanti, pakai redah je kahwin at last menyesal sbb tak sesuai. Bila tak diperiksa betul2 pasangan tu, tu
yang percentage TAK BAHAGIA orang yang bercinta selepas kahwin tu lebih tinggi, tapi tak bermakna cara yang dianjurkan Islam tu tak berkesan, mungkin
kita tak laksanakannya dengan betul. Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails