Saturday, December 19, 2009

UFO lagi...



MOSCOW - Satu imej objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dirakamkan berlegar-legar di bangunan Kremlin di sini mengejutkan penduduk Rusia, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut beberapa saksi, UFO itu sama seperti imej kapal angkasa Imperial dalam filem Star Wars. Imej itu yang dirakamkan pada waktu malam dari sebuah kereta oleh jurugambar amatur disiarkan berulang kali dalam laporan berita di negara tersebut.

Satu klip UFO berbentuk tiga segi itu yang berlegar-legar di Medan Merah di sini turut disiarkan di laman YouTube di Internet. Seorang peminat UFO yang pernah bekerja dengan Jabatan Pertahanan Britain selama tiga tahun berkata, klip itu merupakan yang paling ganjil pernah dilihatnya. Dia berkata: "Pada mulanya, saya menganggap ia merupakan satu pantulan tetapi ia kelihatan berada di belakang satu garisan tenaga sekali gus teori pantulan tersebut tidak boleh digunakan." Setakat ini polis Rusia enggan memberikan sebarang komen. (Sumber berita : Kosmo online)

Saya adalah antara peminat2 kisah-kisah Unidentified Flying Object (UFO) tapi bukanlah peminat fanatik (sehingga mempercayai semua cerita2 UFO) dan tidak ikuti kisah-kisah UFO ni secara terperinci, yelah sekarang nih banyak gambar2 atau video2 UFO yang kebanyakannya adalah palsu-palsu belaka, begitu juga dengan kisah-kisah UFO yang dipalsukan untuk mendapatkan perhatian umum dan media...HOAX!! Kadang2 rasa meluat dengan perangai orang yang memalsukan cerita, fakta, gambar mahupun video. Apelah agenda dorang sebenarnya?

Walaubagaimanapun, saya turut mengambil tahu serba sedikit tentang UFO, tupun bergantunglah. Kalau ada masa, saya lebih gemar mencari video-video UFO yang kelihatan agak 'real' dan meyakinkan, antara video yang mana bagi saya adalah 'real' adalah video di atas. Saya sendiri tidak pasti apakah objek tersebut, mungkin anda lebih mengetahuinya. Terdapat banyak lagi kisah2, gambar2 dan video2 UFO yang anda boleh 'search' di google, berlambak2 dan tak menjadi masalah tapi anda nilailah sendiri samada ianya benar2 sahih ataupun palsu. Di dunia barat, ada agama yang dicipta dengan mengagung2kan 'alien' dan 'UFO' ini serta menganggap mereka adalah tuhan. Apa-apa pun, kita janganlah terlalu taksub dengan sebarang cerita tanpa merujuk kembali kepada Al-Quran dan Hadis.


3 comments:

EncikAhmad said...

ha,yang ni best.berbaloi buat rsearch!

Unknown said...

Salam. Banyak cerita kita dengar tentang kewujudan UFO tetapi tiada yang dapat membuktikannya secara jelas. Saya menunggu kajian saudara tentang perkara ini.

Salik said...

Wsalam. Terima kasih kerana beri komen, memang banyak cerita yang kita dengar tentang kewujudan UFO ni, kebanyakannya kita dengar dari luar negara. Saya tidak bercadang pula untuk mengkaji UFO ni, tetapi cuma ingin ambil tahu serba sedikit insyaAllah saya akan 'post'kan lagi kes2 UFO yang menarik akan datang. Walaubagaimanapun, terdapat banyak juga website yang mengkaji tentang kewujudan UFO ni, berlambak2. Kalau En Samsudin berminat, saya boleh senaraikan sedikit website2 yang menarik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails